close
wWw.TojiAli.cOm
Selamat datang ke blog Toji

Motor – Minyak Hitam Bocor

Motosikal mengalami masalah kebocoran minyak hitam sejak mula beli.

Kawan cakap bocor ikut skru lubang drain minyak hitam. Sudah buat rethread masih bocor.

Ada pomen cakap masalah gasket tengah sahaja.

Ada pomen cakap karburetor yang bocor, masalah gasket jugak.

Sudah tukar gasket karburetor, tapi masih bocor, malah makin teruk.

Hari ini (Sabtu, 23 September 2023) dah hantar pergi bengkel. Dah jumpa masalah, kulit enjin pecah. Kena pateri / welding / solder.

Harap-harap boleh dibaiki dengan sempurna dan masalah ini fixed once and for all.

Isnin, 25 September 2023 motor siap dibaiki. Kos baik pulih ialah RM312.

Selepas 4 hari parking motor, sudah tidak nampak kesan titisan minyak hitam. Karburetor juga sudah tidak basah. Alhamdulillah, masalah minyak hitam bocor sudah dibaiki dengan jayanya.

About the Author

TojiAli

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *