close
wWw.TojiAli.cOm
Selamat datang ke blog Toji

Aircond Kereta Tak Sejuk, Keluar Angin Sahaja

Aircond kereta tak sejuk, bila hidupkan aircond hanya keluar angin, tak rasa pun hawa gas sejuk keluar.

Pomen sudah check, tak ada kebocoran atau tidak berjaya jumpa kebocoran pada paip aircond.

Dimasukkan cecair khas yang akan menyala apabila disuluh dengan lampu highlight sekiranya terdapat titisan cecair itu di kawasan bocor. Langkah ini diambil untuk pengesanan sekiranya masalah aircond tidak sejuk masih berlaku.

Pomen beritahu minyak dalam compressor kosong. Katanya kalau panas, gas akan berkurang sedikit demi sedikit dan menyebabkan aircond kehabisan gas. Minyak compressor sudah dimasukkan dan perlu KIV untuk 2-3 bulan.

Hantar bengkel pada 19 September 2023. Kos baik pulih ialah RM250.

Selepas 2-3 bulan kalau aircond masih sejuk, maknanya masalah aircond sudah selesai.

About the Author

TojiAli

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *